Program Latihan Industri Hospitaliti (HIATP)

HIATP merupakan satu program tajaan industri selama 12 bulan yang bertujuan untuk membekalkan latihan industri bersifat praktikal kepada pelatih-pelatih. Program ini direka untuk mempertingkatkan kebolehpasaran pelatih dengan perlengkapan kemahiran dan pengetahuan untuk berjaya dalam industri hospitaliti. Ini bukan sahaja memberi peluang yang bernilai untuk menimba pengetahuan secara praktikal tetapi juga membolehkan pengunaan pengetahuan teori mereka dalam persekitaran dunia sebenar.

TAJAAN PENUH YURAN PENGAJIAN

Yuran kursus pengajian setahun industri F&B ditaja kepada pelajar dari golongan B40.

TAJAAN PENUH PENGINAPAN

Penginapan sepanjang pengajian kepada pelajar yang menjalani Program Penempatan Latihan Industri Malaysia (PPLIM)

TAJAAN MAKANAN

Minima satu hidangan makanan semasa Latihan Amali disediakan kepada pelajar.

TAJAAN PENUH TIKET PENERBANGAN

Tiket penerbangan sehala ke Kuala Lumpur khas untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak sahaja.

TAJAAN ELAUN BULANAN

Elaun latihan bulanan untuk kegunaan pelajar

SIJIL TAMAT KURSUS

Sijil tamat kursus yang dikeluarkan oleh universiti antarabangsa atau tempatan

100% KEUTAMAAN PEKERJAAN

Menyediakan peluang pembangunan kerjaya untuk membantu anak muda melangkah ke peringkat pengurusan dan keusahawanan.

Asiana Hospitality Academy is established with the belief that there is a place for everyone. Even though the advancement of technology is gradually changing certain industries, we believe that business that touches life can never be replaced. We hope that you join us, making a small difference one at a time.